< Suratan atau Kebetulan

Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yg tak disangka seringkali mendatangi kita ... Itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan...

Saturday, December 23, 2006

Mencari CintaNya...
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah lambang cinta yang sungguh agung. Baginda s.a.w. diundang bertemu Allah s.w.t. dengan penuh cinta dan kasih sayang, setelah Baginda melalui detik-detik ujian yang paling getir dalam hidupnya. Mikraj bagi umatnya adalah solat. Jika Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit bertemu Allah s.w.t., pasti dalam solat yang diwajibkan kepada umat Nabi Muhammad itu mengandungi rahsia yang membawa kepada cinta Allah s.w.t. Rahsia di sebalik peristiwa ini dan juga solat telah menggamit Black & Brown untuk menggali topik mengenai solat dan keagungan cinta Allah s.w.t.

Pasti ramai di antara kita yang melakukan ibadat solat, puasa, zakat, haji, membaca al-Quran dan ibadah yang lain. Namun, berapa ramai antara kita mendirikan ibadah ini dengan penuh rasa cinta dan rindu kepada Allah s.w.t.? Solat mengajar kita erti cinta.
Lima kali setiap hari kita dilaungkan untuk menuju cinta Allah yang abadi. Orang yang solat itu beruntung, kerana sekiranya solatnya yang didirikan dengan penuh kecintaan, maka ia akan dibalas dengan cinta yang lebih kudus dan agung. Prinsip ini dinyatakan melalui sebuah Hadis Qudsi, iaitu setiap kali seorang hamba mengingati Allah, maka Allah akan mengingatinya dalam majlis dan khalayak yang lebih baik daripada yang ada pada manusia.

Dalam seumur hidup, seseorang yang menunaikan solat akan berdiri dalam solatnya itu sebanyak 372,300 kali dan sujud sebanyak 744,600 kali (dengan anggaran umur selepas baligh 60 tahun). Alangkah indahnya jika setiap kali berdiri, rukuk dan sujudnya itu dilakukan kerana mencari cinta Allah? Sebagaimana kesukaan anak menghadap ibu, atau kecintaan seorang kekasih berhadapan dengan kekasihnya, maka begitulah kita dengan Allah s.w.t. Kita akan rasa terseksa jika berjauhan. Begitulah, seseorang yang mencintai Tuhannya akan terseksa apabila berjauhan daripada mengingati-Nya. Solat itulah penawar rindu bagi kita yang merindui-Nya. Setiap kali kita berdiri, rukuk dan sujud umpama langkah-langkah ketika berjalan. Sehari selangkah, lama-kelamaan pasti akan sampai jua. Allah s.w.t. amat kasih kepada hamba-hamba- Nya, lebih-lebih lagi hamba yang mencari cinta-Nya. Justeru, adalah wajar kita menjadikan cinta Allah s.w.t. sebagai matlamat tertinggi yang ingin kita capai sepanjang hidup kita yang terlalu singkat ini. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Dan majulah kamu menuju Allah, wahai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu akan dirahmati.

Prinsip cinta diajar kepada kita, melalui kisah percintaan suci antara Adam dengan Hawa yang dirakamkan di dalam al-Quran dengan begitu indah. Cinta mereka akhirnya dipisahkan setelah satu insiden yang berlaku akibat bujukan Iblis. Mereka dihantar ke dunia yang rendah. Kedua-dua kekasih ini dipisahkan dengan jarak ribuan batu, masing-masing menderita bersendirian, kerinduan. Tahun demi tahun pun berlalu sepi, tanpa berita. Setelah puluhan tahun, akhirnya cinta agung mereka bertaut kembali, setelah melalui pengalaman yang menyeksakan dek bahana perpisahan. Namun, yang lebih menyeksakan ialah perpisahan mereka dengan Hadrat Allah Azza Wajalla di Syurga dan ditempatkan di sebuah kehidupan yang serba jauh dan rendah yang bernama dunia. Maka bermulalah satu episod baru cinta Adam dan Hawa.
Susah senang anak Adam sepanjang zaman, dalam meniti arus kehidupan ini, hanya dengan tujuan untuk kembali mendapatkan cinta Allah s.w.t. yang abadi yang pernah dinikmati oleh Adam dan Hawa di Syurga. Secebis kisah cinta dalam al-Quran ini, adalah suatu pelajaran yang membuktikan bahawa cinta adalah suatu perkara penting di dalam hidup manusia.

Di dalam bacaan al-Fatihah semasa solat, kita akan bertemu dengan kalimah ``Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang''. Rangkap kata Pemurah dan Penyayang itu diulang dua kali, menjadi pengapit kepada ayat ``Segala puji bagi Allah, Tuhan Pemelihara alam ini''. Bukankah kalimah cinta di dalam al-Fatihah yang sering diulang-ulangkan ini sudah cukup membesarkan mata hati kita mengenai hakikat bahawa Allah itu amat menyayangi diri kita?

Bukti kasih sayang dan cinta Allah ada di mana-mana. Dia menjadikan haiwan ternakan untuk manusia makan dan tunggangan. Daripadanya juga dijadikan susu untuk minuman dan pelbagai gunaan. Daratan dihamparkan untuk kemudahan kita bergerak. Daripadanya tumbuh beraneka pohon, tumbuh-tumbuhan, sayuran dan bijirin. Daripadanya juga terbit sumber tenaga dan kewangan kepada kita. Lautan dibentangkan untuk manusia bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang jauh. Lautan juga menyumbangkan beraneka makanan laut yang menyegarkan dan perhiasan yang mahal harganya. Matahari memberi cahaya untuk kita hidup. Ia juga sumber tenaga dan kesihatan. Bulan menyeimbang sistem pasang surut lautan dan kestabilan bumi. Pergerakan matahari dan bulan menjadi tanda untuk kita mengukur masa. Allah s.w.t. menjadikan semuanya ini untuk manusia. Semua ini dijadikan-Nya untuk kita berbakti, membalas budi dan kasih sayang-Nya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah pasti kamu gagal menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nahl 16:18). (Sila baca ayat 3 hingga 17 surah an-Nahl dari perspektif cinta Allah kepada hamba-Nya dan jangan malu untuk menitiskan air mata kerinduan kepada-Nya). Justeru, seorang yang beriman wajar menghormati dan mengasihi apa yang ada di alam ini sebagai bukti cintanya kepada Dia Yang Maha Pencipta.

Hidup tanpa cinta, umpama empangan yang sedang kekeringan. Manusia yang kering hatinya daripada basahan cinta Allah adalah manusia yang kering, kasar, keras, sombong dan kosong hatinya. Kasar dan lunak hati kita tertakluk sebanyak mana peratus kegersangan dan jumlah cinta yang ada dalam hati. Kebanyakan manusia hari ini gersang daripada menyintai Allah. Kemelut dunia yang berlaku di dunia hari ini lahir daripada manusia yang tiada belas kasihan sesama manusia dan cinta kepada Tuhannya.

Cinta dan benci umpama cahaya dan gelap yang saling berlawanan. Cinta itu merubah segala kegelapan, seperti matahari dhuha yang menerangi bumi pada waktu pagi. Bacalah al-Quran, tetapi kali ini dengan beralas perasaan cinta, rindu dan kasih sayang. Sujudlah dengan perasaan mencari cinta yang murni. Senyumlah dengan hati yang pengasih. Pasti solat, bacaan al-Quran, senyuman dan segala amalan yang dialas cinta itu membawa perbezaan yang amat besar pada hidup kita. Tidak hairan, jika hati yang gersang bagai empangan yang tandus kontang itu, kini dibasahi semula dengan keindahan dan keagungan cinta kepada Allah s.w.t.

Salah satu sifat orang beriman ialah penyayang dan amat menyintai Allah s.w.t. Firman Allah bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman amat menyintai Allah". Prinsip kasih sayang ini diajar oleh Baginda dalam beberapa hadis sahih, seperti ``Orang yang pengasih dikasihi oleh ar-Rahman. Kasihlah apa sahaja yang ada di muka bumi, kamu akan dikasihi mereka yang di langit.'' Mengasihi Allah dan Rasul menjadi kriteria bagi kesempurnaan iman seseorang. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang, sehingga Allah dan Rasul lebih ia kasihi daripada ibu bapa dan anaknya. Tidak sempurna iman seseorang sehingga aku ia kasihi melebihi orang lain." Justeru, sifat seorang Muslim yang benar-benar beriman itu ialah pengasih, pembelas kasihan, pemaaf dan sangat cintakan Allah dan Rasul.

Cinta itu adalah kuasa yang mampu menarik manusia ke arah kebenaran. Aspek keindahan cinta yang ada dalam Islam sudah cukup untuk menarik jutaan manusia agar kembali menikmati keindahan cinta Allah s.w.t. yang agung itu. Islam tidak memerlukan keganasan, kerana keganasan membawa petaka dan menjauhkan manusia daripada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Hanya dengan rahmat Allah kamu akan bersikap lunak terhadap mereka. Jika kamu bengis dan keras hati, pasti mereka akan melarikan diri daripadamu. Maka hendaklah memaafkan mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka mudah-mudahan kamu akan dirahmati.

Di sebalik cinta yang kita dambakan kepada manusia sebenarnya ada rahsia cinta Allah. Kita menyayangi manusia kerana ia adalah kekasih, pasangan suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau sahabat. Siapakah yang mencetuskan perasaan kasih dan cinta ini? Perasaan kasih dan cinta itu sebenarnya datang daripada Allah s.w.t. Perasaan belas kasihan kita terhadap anak yatim, ibu tunggal, orang tua yang sakit, orang fakir miskin, orang dalam kesusahan dan kemalangan tidak lain adalah terbit daripada percikan sifat kasih sayang Allah s.w.t. kepada makhluk-Nya. Maka, sekiranya kita ingin meraih pandangan rahmat-Nya, maka kita hendaklah membantu orang-orang yang lemah dan teraniaya, kerana di situ tersisip rahsia kasih sayang Allah s.w.t. kepada kita. Justeru, cinta Allah s.w.t. itulah yang paling layak untuk kita kejar, kerana ia adalah sumber segala kecintaan dan kasih sayang sebagaimana yang disebutkan oleh al-Ghazali dalam `Kimia as-Saadah'nya. Kisah kasih sayang Barqa' amat baik untuk diperhatikan. Ia meleburkan wang haji semata-mata untuk menampung perbelanjaan anak yatim yang kelaparan selama tiga hari. Dengan keikhlasannya, ratusan ribu haji umat Islam pada masa itu diterima oleh Allah s.w.t., sebagaimana yang diceritakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. Banyak lagi kisah cinta dan kasih sayang yang agung seperti ini. Mungkin suatu hari kita termasuk di kalangan mereka yang mempraktikkan cinta agung dan meraih cinta Allah s.w.t. itu. Firman Allah s.w.t. bermaksud: Sekiranya kamu membelanjakan harta seluas bumi, kamu tidak akan dapat melunakkan hati mereka, tetapi Allah sahajalah yang melembutkan antara hati-hati mereka.

Perkataan cinta hari ini menjadi kotor kerana kita menggunakannya dengan cara salah. Cinta sudah dimurahkan dan dipermudah melalui budaya luar yang melanda masyarakat kita yang terbit daripada bisikan hawa nafsu. Cinta yang asalnya murni, kini kerap kali dikait dengan cara mendapatkan kepuasan jasad. Jangan kecundangkan cinta murni suci dengan hawa nafsu. Ramai anak muda hari ini memperalatkan nafsu atas nama cinta. Tujuannya hanya untuk mengambil kesempatan. Habis madu, sepah dibuang. Mangsanya ialah anak-anak gadis yang jujur dalam mencari `cinta sejati'. Berhati-hatilah, kerana takrif cinta bagi lelaki ada kalanya bersalut nafsu, sementara takrif cinta wanita bagi wanita pula ialah keinginan untuk dicintai dan mendapatkan perlindungan. Pasti kedua-dua takrif ini selamanya akan disalah ertikan. Justeru, tidak hairan hari ini ramai menjadi mangsa cinta plastik. Akibatnya, ialah penyesalan yang terpaksa ditanggung oleh diri sendiri, ibu bapa dan keluarga selama-lamanya.

Cinta yang dibina berasaskan panduan syariat boleh memelihara kemuliaan diri wanita dan menyelamatkan lelaki daripada menjelma menjadi haiwan pemangsa yang rakus. Cinta yang dibina atas kecantikan, akan hilang apabila kecantikan itu luntur. Cinta yang dibina atas asas ketampanan dan kekayaan akan melayang apabila ketampanan dan kekayaan itu lebur. Cinta yang berkekalan ialah yang dibina di atas asas-asas yang kekal. Yang kekal itu maknawi, bukan fizikal. Cinta yang berkekalan dibina di atas nilai agama dan akhlak yang mulia. Ciri-ciri agama dan akhlak perlu dijadikan keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, Pilihlah yang mempunyai akhlak dan agama, kamu akan berbahagia. Lihatlah pada mereka yang sudah berumah tangga berpuluh tahun, bagaimana mereka saling mencintai antara satu dengan lain. Cinta yang murni itu indah. Ia membawa kepada cinta Allah yang hakiki. Cinta Allah itu adalah kemuncak segala keindahan rasa yang pernah dikecapi oleh manusia. Alangkah indahnya jika umat ini balik ke pangkal jalan, setelah sesat dalam cinta palsu yang tiada kesudahan.

Rata-rata manusia telah melupakan aspek cinta dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. termasuk bagi mereka yang menunaikan solat. Hablum Minannas dan Hablum Minallah adalah konsep yang berakar umbi daripada perkara cinta. Perhubungan apakah yang paling rapat sesama manusia, jika tidak melalui perhubungan cinta? Daripada cinta lahirnya kasih sayang. Kasih sayang itu adalah hasil dalam menterjemahkan perasaan cinta. Kerana cinta Allah, maka Dia sayang dan sentiasa memberi kita rezeki walaupun tanpa diminta. Belas kasihan itu datangnya daripada perasaan cinta. Kenikmatan cinta tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Kita mudah sangat jatuh cinta pada dunia yang bergemerlapan ini. Kita tidak dilarang untuk menimba dan menikmati kebaikan dari dunia ini. Ia adalah suatu tanggungjawab kita di bumi Allah ini. Yang salah ialah apabila kita terlalu cinta pada dunia sehingga melupakan sumber kebahagiaan yang hakiki itu. Tanggungjawab kita adalah untuk menghidupkan agama-Nya supaya kehidupan kita itu makmur.

Memang tidak dinafikan, kadang-kadang ada kesulitan dalam memahami cinta Allah sebab ia tinggi. Pasti seseorang pernah rindukan Mekah, merindui Rasulullah, merindui ibu bapa, guru, ulama yang soleh dan lain-lain yang seumpama itu bukan? Maka, kategori cinta yang seperti inilah yang menjadi anak tangga pertama menuju cinta Allah. Tidak akan ada cinta Kaabah, melainkan sebenarnya kita menyintai Pemilik Kaabah. Tidak kita cintakan Rasulullah, melainkan sebenarnya kita cintakan Allah s.w.t. Begitulah analogi seterusnya dalam memahami cara menuju cinta Allah s.w.t. Justeru, jalan menuju peningkatan cinta antara yang terpenting ialah melalui solat hamba kepada Penciptanya.

Kerana kita cinta maka kita harus membina tamadun yang berjaya. Dan tamadun ini mestilah berasaskan aja-ran Islam yang diajarkan kepada kita oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Tidak ada larangan untuk kita berjaya dan tidak ada sekatan untuk kita nikmati kejayaan kita itu. Hanya kita dilarang berhenti mencintai Yang Maha Esa, demi kebaikan kita juga. Justeru, ada baiknya kita memulakan langkah untuk mencari cinta Allah ini melalui solat. Semoga kita berjaya meraih cinta Allah s.w.t. suatu hari nanti, sebagaimana inti sari yang terkandung di dalam doa Rasulullah s.a.w.: " Ya Allah, kurniakalah perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan". Wallahu A'lam.

Friday, July 21, 2006


Gambar-gambar menarik sepanjang berada di Langkawi -14/6 hingga 17/6



Selamat Pengantin Baru Adikku Ahmad Zaki dan Nur Ahna...29 jun 2006

Saturday, May 20, 2006


Selamat Bertunang buat sahabtku...
13/5 /2006

Selamat Bertunang buat sahabtku...

Friday, March 31, 2006



Selamat Pengantin Baru Siti Zunaihan & El Idrus 31/3/2005




Suka tgk teman2 dh bahagia di samping suami masing2. Sebelahku Na dan Faridah yang dalam honeymoon lg. Moga semuanya bahagia di sisi suami tersayang.

Thursday, March 30, 2006


JIKA AKU JATUH CINTA

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku padaseseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agartidak lalai aku merindukan syurga-Mu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnyabermunajat di sepertiga malam terakhirmu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, janganbiarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalananpanjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakanaku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telahberhimpun dalam cinta pada-Mu,telah berjumpa pada taatpada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telahberpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlahya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilahjalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kamidengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahanbertawakal di jalan-Mu.... ameen
Ya Robb..."AKU CINTA PADA MU KERANA DUA SISI CINTA...AKU CINTAAKAN DIRIMU..AKU SELALU MENGINGATI MU,BUKAN YG SELAINMU ..ADAPUN CINTA KERANA ENGKAU PATUT DICINTAI ..AKUTIDAK MENGETAHUI ALAM SEBELUM AKU TAHU AKAN DIRIMU..TIADA PUJI DALAM HAL INI,DAN ITU BAGI DIRI KU..TETAPI..PUJI DALAMHAL INI ,DAN ITU ADALAH HANYAUNTUK MU..YA RABB" "

Sunday, March 19, 2006

Tinta Buat Bakal Suami...

Assalamualaikum.... Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya.Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi.Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. .Ku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan ku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan ku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aeisyah ialah “Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”. Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorangAku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain.Aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntutAllah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku. Aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?Tidak ku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku kearah tuju yang satu.Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku.Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu.Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku."

Friday, March 10, 2006

Lama rasanya tak update my blog. Bukan apa sibuk sgt dengan tugasan di Pusat Penjamin Kualiti. Kena incharge psl penyelidikan. My first research is to determine generic skill among final year student. Penat la jgk sbb kena develop questionnaire using new model (the bases of competency ; transition from university to workplace).Aku mmg minat sgt bab2 research ni. Tak kisah la penat pun, janji ada kepuasan. Byk yg aku belajar spjgn hampir sebulan di PPK tu. Maklumlh first time kerja...mcm2 yg tak reti. Nasib baik staff kat situ baik2, sudi ajar aku..Thanks for your co-operation.